Puding Sedut Versi Aiskrim
assalamualaikum semua,
Ini merupakan entri pertama bagi blog untuk saya berkongsi dengan semua tentang segala hidangan yang saya pernah buat, pernah cuba dan rasa sesuai dan sedap untuk dikongsikan dengan semua orang.
untuk kali ini saya mencuba resepi puding sedut yang dikongsikan oleh rakan dari facebook baru-baru ini.
tapi maaf pada pencipta resepi yang saya ambil ini saya tidak dapat hendak memberi kredit atas usaha anda kerana saya cuma menyalin resepi di kertas dan lupa dari mana saya mendapatnya. Buat tuan punya resepi terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi berkongsi resepi ini semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat puan sekeluarga..amin...
mari kita tengok bahan apa yang diperlukan...
1 liter air
1 cawan susu tepung
1 cawan susu cair (saya gantikan dengan susu segar perisa jagung)
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh serbuk agar-agar
Pewarna sirap rose
2. Biarkan campuran sejuk sedikit dan diambil separuh dan diletak pewarna sirap rose.
3. Sediakan plastik aiskrim malaysia.
4. Masukkan lapisan pertama dulu.(saya masukkan warna merah)
5. Biarkan lapisan pertama mengeras (saya letak dalam peti beku selama beberapa minit)
6. Masukkan lapisan kedua dan terus ikat.
7. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dimakan.
2. Boleh juga kalau hendak dimasukkan jagung yang telah direbus atau kiub nata de koko ke dalam lapisan pertama.
Ini merupakan entri pertama bagi blog untuk saya berkongsi dengan semua tentang segala hidangan yang saya pernah buat, pernah cuba dan rasa sesuai dan sedap untuk dikongsikan dengan semua orang.
untuk kali ini saya mencuba resepi puding sedut yang dikongsikan oleh rakan dari facebook baru-baru ini.
![]() |
puding sedut |
tapi maaf pada pencipta resepi yang saya ambil ini saya tidak dapat hendak memberi kredit atas usaha anda kerana saya cuma menyalin resepi di kertas dan lupa dari mana saya mendapatnya. Buat tuan punya resepi terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi berkongsi resepi ini semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat puan sekeluarga..amin...
mari kita tengok bahan apa yang diperlukan...
Puding Sedut Versi Aiskrim
![]() |
puding sedut |
Bahan-bahan
1 liter air1 cawan susu tepung
1 cawan susu cair (saya gantikan dengan susu segar perisa jagung)
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh serbuk agar-agar
Pewarna sirap rose
Cara-cara
1. Masak semua bahan di atas api sehingga mendidih.2. Biarkan campuran sejuk sedikit dan diambil separuh dan diletak pewarna sirap rose.
3. Sediakan plastik aiskrim malaysia.
4. Masukkan lapisan pertama dulu.(saya masukkan warna merah)
5. Biarkan lapisan pertama mengeras (saya letak dalam peti beku selama beberapa minit)
6. Masukkan lapisan kedua dan terus ikat.
7. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dimakan.
Tips:
1. Seeloknya dibiar beku dengan betul lapisan pertama itu untuk mengelakkan lapisan kedua bercampur dengan lapisan pertama.2. Boleh juga kalau hendak dimasukkan jagung yang telah direbus atau kiub nata de koko ke dalam lapisan pertama.
Mcm dadih la ye kak ita?
BalasPadameh baru perasan komen dik oii.. ye la dik..sebijik..
Padam